Perbezaan Antara EDT dan Body Mist
Jika anda peminat Victoria's Secret, anda mesti perasan produk EDT & Body Mist dalam koleksi Secret Garden.
- apa beza antara EDT & body mist?
- camne nak pilih yang sesuai dengan diri kita?
BODY MIST
Body mist selalunya digunakan selepas mandi untuk mengembalikan kelembapan kulit. Sewaktu kita mandi, shower cream/soap yang digunakan akan menghilangkan kelembapan kulit. Seelok2nya anda pilih shower cream/soap yang mengandungi moisturizer untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Kenapa kulit kita mesti berada dalam keadaan moisture? Kulit kering amatlah hodoh lebih2 lagi jika menggelupas dan ini meningkatkan proses penuaan.
Di sinilah fungsi body mist yang akan mengembalikan kelembapan tubuh anda. Spray kan saja ke seluruh badan; leher, tangan, kaki etc. Anda akan berasa segar dan fresh kerana body mist Victoria's Secret berasa 'sejuk' dan amat wangi.
Jika anda di tempat kerja, jangan lupa spray ke tubuh anda bila berasa lesu dan tidak bermaya setelah penat membuat kerja. Lebih2 lagi bila anda duduk di bilik berhawa dingin berjam2 lamanya yang mengakibatkan tubuh berasa amat kering.
Grab a bottle of body mist and spray onto your body. Yeah! That's it! ;)
Jika menggunakan lotion, anda mesti sapu sendiri menggunakan jari tapi dengan body mist, semburkan saja ke bahagian badan yang dikehendaki. This is the best part for body mist.
p/s: Sekiranya anda menggunakan body lotion dan body mist bersama2, bau wangi akan kekal lebih lama di tubuh anda.
EDT
EDT ialah sejenis perfume yang mengandungi di antara 4% - 10% of perfume oil. Oleh kerana namanya pun perfume, anda tidak perlu spray ke seluruh badan. ;) Semburkan EDT ke bahagian2 tertentu seperti nadi di pergelangan tangan, leher, di lipatan siku dan sebagainya.
Nak sembur ke seluruh badan pun tidak mengapa tapi dikhuatiri rakan2 di sekeliling anda berasa pening/pengsan jika anda pakai terlalu banyak. lol
Diharapkan info ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dalam memilih EDT atau body mist. Wangi2 selalu ye... :D
*Peace Out From*
■ Do you like it? 'tweet' this post using green button above.
■ Oh, this is interesting! Click 'email this' button below when you think your friends would love it. ;)




0 Inquiries:
Post a Comment